//PurpleDreaming.
September [ONESHOT]
Thursday, November 15, 2012 @ 7:44 AM | 0 Comment [s]

 
Actually ,ada 2 gambar yang terpaksa aku pilih nak letak .Tapi yang ni lagi okay kodd  dari gambar yang lagi satu ._. LOL ni pun pilihan adik aku --'


Title : September 

Author : Diana Shukri

Genre : Sad *maybe*
Starring : Lee Hyun Woo , C-REAL Ann J

July ,
Hospital ,

Gongchan datang melawat aku dekat hospital  seperti biasa .Aku disahkan menghidapi penyakit barah otak .Selain keluarga aku ,Gongchan seorang saja yang tahu tentang penyakit dan keadaan aku .Aku menyuruh Gongchan tidak memberitahu kepada sesiapa tentang penyakit aku termasuk girlfriend aku sendiri ,Ann J .

"Kau sihat ?" tanya Gongchan 

"Kenapa ?Aku nampak tak sihat sangat ke ?" 

"Takdelah .Aku cuma risaukan kau je ."

"Kau tak payah risaukan sangat pasal aku .Lagipun doktor cakap minggu depan aku dah boleh keluar dari wad ni "

"Kau dah bagitahu Ann J pasal penyakit kau ni ?"

"Belum" Aku mendiamkan diri seketika 

"Aku harap kau kau dapat bagitahu dia secepat mungkin" kata Gongchan 

"Dan mungkin aku takkan bagitahu dia ,aku taknak dia tahu tentang penyakit aku ni " 

"Tapi sampai bila ?!" Bentak Gongchan 

"Sampai bila-bila ." 

"Lantak kau lah .Aku cuma taknak kau menyesal je nanti ."

"Aku just . . .taknak dia tahu dan risaukan tentang penyakit aku ni ."

"Entahlah .Nanti pandai-pandailah kau explain kat dia ." kata Gongchan 

"Ann J ada tanya apa-apa tak pasal aku ?"

"Takde pulak ."

"Baguslah ,dia tak tanya pasal aku ." 

"Peliklah aku dengan kau ni .Haishh~ni aku ada bawakkan makanan untuk kau ." 

"Ni je ?" tanya aku 

"Orang sakit mana boleh makan banyak-banyak .Dahlah aku chow dulu ."

"Btw ,thanks sebab dah bawakkan makanan untuk aku ."

"Aku bawakkan makanan tu bukan free tahu ,tapi bayar .Haha kaylah bye ."

"Err . . .Gongchan ?"

"Apsal ?"

"Boleh kau rahsiakan tentang penyakit aku ni dekat Ann J ?"

"I will do my best ,bro ."kata Gongchan 

"Thanks Gongchan ."

"Bukan free tahu ,bye !" Kata Gongchan sambil menutup pintu 

Aku mengambil telefon bimbit aku dalam rak kecil yang berdekatan dengan katil aku .Tiada sebarang missed called or message dari Ann J .Sebelum aku dimasukkan ke hospital  aku sudah memberitahu Ann J yang aku pergi holiday bersama family aku di China selama seminggu .Padahal aku terlantar di hospital selama seminggu  hanya kerana aku taknak dia risau .

                                                     +++++++++
Seminggu kemudian ,

"Dah bersedia nak balik ?" tanya Gongchan

"Of courselah .Tak sabar aku nak jumpa Ann J."

"Ann J jumpa aku ,dia cakap dia rindu gila kat kau ."

"Ya ke ?Nanti ake text dia ."

"Baguslah kalau macam tu ."

                                                     +++++++++
Pizza Hut ,

Hari ni aku akan berjumpa dengan Ann J di Pizza Hut berdekatan dengan Myeondeong Street .Aku nak tunaikan hajat dia untuk makan Pizza Hut keluaran terbaru 'Cheesy 7'

"Kenapa kita tiba-tiba makan kat Pizza Hut pulak ni ?" tanya Ann J

"Saja .Napa awak tak suka ke ?"

"Taklah .Cuma rasa pelik je ,awakkan tak suka sangant makan pizza ."

"Entah ?Tiba-tiba pulak rasa nak makan ,lagipun saya nak rasa pizza cheesy 7 yang awak cakap tu ."

"Ouhh.Pasal tu ke ?Susahkan awak je ."

"Mana ada susahlah .Lepas ni awak pulak kena tunaikan hajat saya ."

"Ohhh .Muslihat jelah ni ?Jahatlah awak !"

"Mana ada jahat ,nakal je .

"Tunggu jap saya order ."

                                                 +++++++++
Ann J P.O.V 

"Hyunwoo ?"

"Ya ?" Sambil menunujukkan senyuman kepada aku

"Haritukan awak ada benda nak suruh saya tunaikan hajat awak .Apa dia ?"

"Ahh~saya nak awak buatkan saya Cake Red Velvet yang paling sedap sekali didalam dunia ni ,boleh ?"

"Kenapa tiba-tiba je awak mintak cake ?"

"Sebab saya dah lama tak makan cake awak .Rindu pulak ."

"Ngada-ngada lah awak ni ,hyunwoo .Nanti saya buatkan untuk awak ,tapi bila awak nak ?"

"Bila-bila pun boleh ,tapi boleh tak awak bagi cake tu masa bulan September nanti ?"

"Awal lagi ,Kenapa bagitahu sekarang ?"

"Sebab saya taknak awak lupa ."

"Okay ."

"Awak kisah tak kalau saya nak buat lagi permintaan ?"

"Apa permintaan awak ."

"Betul ni awak tak kisah ? tanya Hyunwoo

"Betul ,saya tak kisah .Apa dia ?"

"Lagi sebulan lagi saya bagitahu ."

"Lamanya~bagitahulah sekarang ."

"Mana boleh .Tak surprise nanti ."

"Apa yang surprise sangat ni ?"

"Adalah ."
                                                     +++++++
August ,

Aku semakin lemah untuk membuka mata .Tapi aku gagahkan juga .Hari ni aku ada date dengan Ann J .Aku mengambil phone disebelah bantalku .Terdapat satu message dari Ann J .

Hyunwoo ah~Awak kata ada surprise .Apa dia ?Saya tunggu awak tahu .Annyeong^^

Ann J masih ingat lagi surprise yang aku cakapkan tu .Aku nak bangun tapi badan aku rasa lemah sangat .Aku kena jugak pergi jumpa Ann J .

                                                      +++++++
Ann J P.O.V ,

Mana Hyunwoo ni ?Dia cakap ada surprise .Dah setengah jam aku tunggu dia .Dahlah panas ni .

"Ann J ,sorry saya lambat .Sorry sangat-sangat .Saya bangun lambat tadi ."

"Ya lah tu .Ke awak malas nak jumpa saya ." Aku terus berlalu pergi meninggalkan Hyunwoo dibelakang untuk mengejar aku

"Ann J ah~uhuk-uhuk"

"Aku terdengar bunyi Hyunwoo batuk .Aku segera berlari kearah Hyunwoo .

"Hyunwoo ,awak okay ?"

"Tak ,saya  . . ."

"Saya apa ? Hyunwoo !" Lalu Hyunwoo rebah diatas peha ku .

Aku menggerakkan badannya ,tapi dia tak memberi sebarang respon .Sebutir air mata mengalir jatuh keatas pipi Hyunwoo .Lalu Hyunwoo bangun mengelap air mata .

"Sayang jugak awak dekat saya eh ?"

"Hyunwoo !Awak ni main-main lah .Mati-mati saya ingatkan awak dah . . ."

"Dah apa ?Dah mati "

Aku memukul Hyunwoo .

"Auch !sakitlah .Tapi kalau saya betul-betul mati macam mana ?"

"Apa awak cakap ni ?"

"Takde apa-apa lah ."

"Awak cakap ada surprise .Apa dia ?Penat saya tunggu sebulan tahu tak ?"

"Jom ikut saya ."

"Nak pergi mana ?"

"Ikut jelah ."

Lalu Hyunwoo menarik tanganku ke sesuatu tempat .

                                                ++++++++
Taman ,
Hyunwoo P.O.V 

"Awak ingat tak lagi tempat ni ?" Tanya aku

"Ingat ."

"Taman ni lah tempat kali pertama kita jumpa ."

"Dan taman ni jugaklah awak mintak couple dengan saya .Masa tu saya terkejut gila !"

"Mana awak tak terkejut .Tiba-tiba je saya mintak couple dengan awak .Jom !"

"Nak pergi mana lagi ?"

"Ingat lagi tak buaian ni ?Tempat saya melamar awak depan orang ramai ."

"Ingat .Masa tu saya malu gila !Then ,awak main guitar depan saya ."

"Ha'ah .Saya lagilah malu ,dahlah saya ni . . ."

"Budak hot ,haha !"

"Janganlah cakap macam tu .Segan saya ."

"Betul apa saya cakap .Budak HOT !"

"Dahlah .Saya nak awak duduk kat buaian ni .Saya ada something nak bagi kat awak ."

"Jangan cakap awak nak main guitar depan orang ramai lagi ."

"Mana ada !Saya tak bawak guitar pun ."

"Nah untuk awak .Saya nak awak dengar lagu ni betul-betul .Saya bagi awak tempoh sebulan je untuk awak practice main guitar ."



"Hyunwoo~"

"Ya ?Kenapa ?"

"Kenapa awak suruh saya belajar main guitar ni ?Lagu ni pun pasal bulan Sepetember ."

"Saja .Nak dengar awak main guitar .Bestkan lagu ni .Tajuk dia 'Wake me when septembers end ,Green Days yang nyanyi tapi yang ni version guitar punya .Sungha Jung yang main guitar ."

"Tapi kenapa semuanya bulan September ?Cake yang awak mintak tu pun bulan September ,semuanya bulan September .Hyunwoo~Awak kenapa ?"

"Awak tak ingat ke ?Bulan September kan Annyversary kita ?"

"Ouhh~Saya ingatkan apa lah ."

"Jangan risaulah ."

                                                      +++++++++
September ,

Aku semakin tak berdaya untuk bangun .Aku sekarang berada di bilikku menunggu waktu yang tepat untuk pergi selama-lamanya .Hari ni ,hari terakhir aku dekat dalam dunia ni .Aku teringin sangat nak jumpa Ann J ,tapi omma dan appa aku tak benarkan sesiapa datang melawat aku kecuali Gongchan .

"Bro .Kau okay ?" tanya Gongchan

"A..ku "

"Dah jangan banyak cakap ,kau kena berehat ."

"Berehat . . .?Aku dah nak mati pun . . ."

"Kau jangan cakap macam tu ."

"Gong. . chan . . .Boleh kau suruh Ann J datang sini ?Kesian dia  . . ."

"Okay ,bro . . ."

                                              ++++++++

Ann J P.O.V ,

Aku dah bersediap sedia nak berjumpa dengan Hyunwoo dekat rumah dia .Aku dah buat Cake Red Velvet yang dia suruh dan aku dah belajar main guitar lagu yang dia suruh .

Kring~Kring~ Siapa pulak yang datang rumah aku ni .Takkan Hyunwoo ,dia cakap datang rumah dia .Aku memulas tombol pintu rumah aku untuk mengetahui siapa yang datang .

"Gongchan . . .Kau buat apa datang rumah aku ."

"Kau kena ikut aku ."

"Tapi . .nak pergi mana ?Aku kena pergi rumah Hyunwoo ni ."

"Kau ikut je lah ."

"Jap ,aku nak amek guitar dengan cake jap .Nanti aku terus pergi rumah Hyunwoo ."

                                                          +++++++
Rumah Hyunwoo ,

"Gongchan . . .kenapa kau bawak aku pergi rumah Hyunwoo ."

"Kau pergilah jumpa Hyunwoo ,dia dekat dalam bilik dia ."

"Gongchan ?Apa yang berlaku dekat Hyunwoo ?" air mata aku terus mengalir dengan laju untuk mengetahui jawapan

"Hyunwoo . . ."

"Hyunwoo kenapa ?!"

"Hyunwoo tenat . . ."

Aku terus berlari masuk kedalam bilik Hyunwoo .Hyunwoo terlantar diatas katil .Dia tenat ,aku tak sanggup melihat Hyunwoo .

"Hyunwoo~"

"Ann J . . .Awak dah datang ."

"Kenapa dengan awak ?Awak sakit apa ?"

"Saya mana ada sakit .Saya cuma tak sihat jelah .Saya pakai baju yang awak bagi time First Annyversary kita  . . "

"Tak sihat awak cakap ?Awak dah tenat macam ni ?"

"Awak dengar cakap Gongchan eh ?"

"Tu semua tak penting !"

"Awak ada bawak cake ?"

"Ada .Saya ada bawak .Nah saya suapkan untuk awak ."

"Wahh~sedapnya !Saya harap saya dapat makan cake ni hari-hari ."

"Hari-hari awak boleh makan ,please jangan macam ni ."

"Guitar pun awak bawak ?Awak dah belajar lagu yang saya suruh ?"

"Ada .Saya ada bawak ."

"Boleh tak awak mainkannya untuk saya ?"

"Boleh ."

Hanya beberapa minit sahaja aku akan pergi dari dunia ni .Ann J maafkan saya ,saya tak dapat nak berikan cinta dan kasih sayang yang sepenuhnya untuk awak .Bye ,Ann J . . .




"Hyunwoo ,best tak saya main lagu ni ?"

"Hyunwoo ? Hyunwoo !Kenapa awak tak bangun ?!"

"Gongchan !"

Lalu Gongchan masuk ke dalam bilik .

"Gongchan . . . Hyunwoo dah takde ." Kali ni kelomat mata aku tidak mampu menahan air mata yang ingin mengalir .

"Sabar Ann J ."

"Hyunwoo cakap . . .cake yang aku buat sedap .Hyunwoo cakap dia nak makan cake ni hari-hari .Kenapa dia tinggalkan aku ?"

"Sabar Ann J ,sabar .Aku faham ."

"Dia sakit apa ,gongchan ?"

"Sorry aku tak bagitahu kau awal-awal .Mungkin surat yang Hyunwoo bagi kat kau dapat menceritakan segalanya ." Lalu Gongchan mengeluarkan surat daripada poketnya

Aku membuka surat yang tertulis nama aku diatas surat tersebut . . .

Annyeong~Masa awak baca surat ni munglin saya dah mati meninggalkan awak .Mungkin awak tertanya-tanya kenapa saya tinggalkan awak .Saya ada benda nak cakap dengan awak .Awak ingat tak masa saya cakap yang saya pergi China ?Saya tipu ,sebenarnya saya dekat hospital .Saya ada penyakit barah otak .Saya sendiri pun tak tahu saya ada penyakit tu .Saya harap selepas saya pergi ni ,awak akan jumpa kebahagiaan yang sebenar .Maafkan saya sebab tak sempat meraikan Annyversary kita .Sebelum tu ,awak punya Cake memang sedap walaupun saya tak rasa lagi .Saya simpan lagi teddy bear yang awak bagi tu .Ni gambar dia ,time kita kat karaoke .Saya harap awak dapat simpan gambar ni .Comelkan saya ?Jangan lupakan saya tahu !Bye ,Ann J . . . .




THE END 



Older Post
QueenControl

Hello World (Y) i'm full of imagination and that's what i like ;)

underlined, bold


Navigations

Diary AboutMe Stuffs Link

TrafficLight


CreditSection

Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : AskarPink
Full Edited : DianSeobiey

Best View at GOOGLE CHROME!